3 lelaki maut kena renjatan elektrik ketika curi kabel

3 lelaki maut kena renjatan elektrik ketika curi kabel

Ketua Polis Ipoh Muhammad Najib Hamzah berkata suspek dipercayai cuba potong kabel pada tiang elektrik milik TNB.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Ipoh Muhammad Najib Hamzah berkata tiga lelaki warga tempatan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
IPOH:
Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan tanah lapang Taman Rapat Perdana, pagi tadi.

Ketua Polis Ipoh Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10 pagi memaklumkan kejadian yang berlaku di kawasan tiang elektrik milik Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Sepasukan polis bergegas ke lokasi dan pemeriksaan mendapati tiga lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka terkena renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel elektrik pada tiang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.