
Beliau memberitahu FMT ia susulan laporan yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataannya ‘mempertahankan kuil (Hindu) di Dengkil dan Rawang’.
“Saya telah beri keterangan (kepada polis) tiga minggu lepas, dan mereka telah diarahkan untuk dakwa saya esok,” katanya.
Sementara itu, Bukit Aman berkata Arun akan didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana keluar kenyataan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Pada 2 Mac lepas, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata, lapan laporan polis telah dibuat terhadap Arun atas peranannya dalam kontroversi membabitkan kuil di Rawang.
Shazeli berkata, laporan tersebut adalah berkaitan dengan ‘rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang dibuatnya’ berhubung isu itu.
Menurutnya, satu laporan turut dibuat oleh pihak pengurusan kuil.