
Perintah reman empat hari hingga 11 April terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan kira-kira 8.50 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu sekitar April 2024.
“Kedua-dua suspek dipercayai memberi dan menerima wang rasuah secara tunai dan berperingkat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.