PN tak letak calon dalam PRN Sarawak

PN tak letak calon dalam PRN Sarawak

Sebelum ini, dua parti komponen PN iaitu PAS dan Wawasan mengumumkan mereka tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya itu.

Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan gabungannya tidak meletakkan calon dalam PRN Sarawak kali ini.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional tidak meletakkan calon dalam PRN Sarawak akan datang, kata Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum ini, dua parti komponen PN iaitu PAS dan Wawasan mengumumkan mereka tidak akan meletakkan caln dalam pilihan raya itu.

Samsuri berkata PN menghormati hak rakyat Sarawak untuk menentukan kepimpinan dan hala tuju negeri mereka.

“Kami akan terus memberi perhatian kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak dan membawa suara mereka di peringkat persekutuan,” menurut kenyataan.

Setakat ini, DAP satu-satunya parti nasional yang berhasrat bertanding pada PRN Sarawak kali ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.